Menu

Sejarah Perkembangan NLP

Sejarah Perkembangan NLP


NLP bermula pada awal 1970-an ketika dua orang yang bernama John Grinder, iaitu seorang Assistant Professor di University of California yang terletak di Santa Cruz; serta Richard Bandler, yang merupakan pelajar psikologi di universiti tersebut. Mereka berdua sungguh tertarik dengan persoalan tentang apakah faktor yang menyebabkan seseorang itu cemerlang, dan boleh mengulangi kecemerlangan itu bila-bila masa yang dikehendaki. Pemerhatian mereka mendapati, individu yang mereka kaji menunjukkan bahawa setiap daripada mereka mempamerkan corak tingkah laku dan gaya fikir yang tersendiri. Rumusan ini akhirnya membina prinsip-prinsip asas dalam NLP.


Pada asalnya, mereka mengkaji beberapa hasil kerja tokoh ahli terapi yang terkenal pada waktu itu, iaitu Fritz Perls, seorang ahli psikoterapi yang inovatif, yang juga telah mengasaskan teknik terapi yang meluas yang dinamakan sebagai Gestalt. Bandler dan Grinder juga mengkaji hasil kerja Milton Erickson, iaitu seorang ahli hipnoterapi yang dikenali di seluruh dunia. Seorang lagi tokoh yang dikaji ialah Virginia Satir, seorang ahli terapi keluarga yang telah banyak menyelesaikan krisis rumahtangga yang dikendalikannya.

NLP maybe the most powerful vehicle for change in existence.” 
-Modern Psychology Magazine

Bandler dan Grinder tidaklah berniat untuk mewujudkan satu teknik baru. Mereka hanya kagum dengan kejayaan proses-proses ‘pengubahsuaian psikologi’ yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tersebut. Contohnya, seorang perokok tegar boleh berhenti merokok selepas beberapa sessi terapi, seorang yang pemabuk dan pemarah menjadi seorang suami yang penyantun. Begitu juga dengan kes orang yang menghadapi tekanan perasaan melampau, dan boleh bertukar menjadi seorang yang ceria positif.

Mereka berusaha mengenalpasti corak dan kaedah yang digunapakai oleh tokoh-tokoh tersebut, dan membandingkan antara satu sama lain. Akhirnya, mereka menemui satu kesimpulan yang sungguh memeranjatkan. Walaupun setiap ahli terapi itu mempunyai kaedah dan personaliti yang jauh berbeza, namun merka semua mempunyai corak asas yang sama!

Bandler dan Grinder pun mengenalpasti corak-corak tersebut, memantapkannya dan membangunkan model dan teknik yang dinamakan sebagai Neuro Linguistic Programing (NLP). Selepas itu, ramai orang yang turut menyumbangkan kepada pembangunan idea-idea NLP sehingga menjadi satu ‘teknologi kejayaan’ yang luas dan dinamik.

Apa Itu NLP?

Apa Itu NLP?

Neuro-Linguistic Programming (NLP) adalah kajian sistematik mengenai model perlakuan individu cemerlang. Pencontohan (modeling) corak-corak merangkumi 3 aspek utama setiap insan iaitu bagaimana dia berfikir dengan menggunakan otak yang berkait rapat dengan saraf (Neuro), perhubungan menggunakan bahasa (Linguistic) dan susunan strategi ke arah tindakan (Programming) dalam mendapatkan sesuatu hasil yang diingini.

Hari ini teknologi yang amat terkini ini telah membantu jutaan manusia diseluruh dunia dalam kehidupan dan apa jua yang mereka lakukan termasuklah kerjaya, hubungan komunikasi, keluarga, kerjaya, pendidikan, pemasaran dan jualan, kaunseling dan terapi, latihan dan pembangunan insan.




Sejarah NLP

NLP memulakan sejarahnya di Universiti California Santa Cruz pada pertengahan tahun 1970'an oleh Richard Bandler seorang pelajar sarjana dalam matematik / komputer dan psikologi dan Dr. John Grinder seorang pensyarah bahasa di universiti tersebut. Pada awalnya mereka melakukan tiga pencontohan ke atas individu yang cemerlang dalam bidang masing-masing iaitu Milton Erickson (seorang pengamal perubatan dan pakar hipnosis), Virginia Satir (pakar terapi keluarga), dan Fritz Pearls (pakar psikologi gestalt).
.
.
Definisi NLP

Pendekatan mereka adalah pragmatik dan berorientasikan hasil dari berteori sahaja. Richard Bandler menyifatkan NLP sebagai satu proses untuk membantu manusia menggunakan otak mereka dengan lebih berkesan  itu menjalankan otak mereka dari membiarkan otak menjalankan mereka.
Pakar-pakar dan pemaju NLP mentakrifkan NLP mengikut pandangan perspektif mereka masing-masing:

“NLP adalah satu sikap dan kaedah yang meninggalkan jejak di belakangnya” .......... Richard Bandler.

“NLP adalah strategi pembelajaran pantas (accelerated learning strategy) untuk menjejaki dan menggunakan corak-corak didalam dunia” .......... John Grinder.

“NLP adalah apa juga yang dapat menjayakan sesuatu” .... Robert Dilts
 .
.
Aplikasi NLP
Anthony Robbins menggunakan NLP dalam kerjayanya dari “jualan ‘zero’ hingga menjadi pakar motivasi terbaik dunia". Malahan Tony Robbins menggunakan NLP untuk meningkatkan prestasi permainan tenis Andre Agasi untuk bangkit semua menjuarai kejuaraan dunia selepas prestasinya menurun beberapa waktu.

Buku-buku terkenal tulisan Anthony Robbins iaitu "Unlimited Power" dan "Awaken The Giant Within" secara khususnya memperihalkan bagaimana teknologi NLP boleh digunakan dalam mencapai apa juga yang kita mahu. Walaupun beliau menukarnya kepada satu akronim yang baru iaitu NAC (Neuro Associative Conditioning) hakikatnya apa yang dipaparkannya adalah berlatarbelakangkan NLP.
.
.
Bagaimana NLP Dapat Membantu Setiap Individu

Selagi setiap manusia yang dipanggil insan masih lagi mempunyai apa sahaja kemahuan atau keinginan maka sesukar dan sesulit mana pun kemahuan tersebut NLP dapat membantunya untuk mencapai keinginan tersebut.

Dua soalan utama NLP iaitu "Apakah yang saya mahu?" adalah sebagai penunjuk arah tuju dan kompas bagi sesuatu destinasi keinginan. Ini disusuli dengan pertanyaan "Bagaimanakah saya dapat mencapainya?" yang merupakan soalan proses dan kaedah serta rancangan dan tindakan untuk mencapai matlamat tersebut.

Oleh kerana semua tindakan merupakan perlakuan yang dicerna dan dikendali oleh minda maka apa juga program serta skrip yang kita jana bentuk dan jana dalam minda akan mempengaruhi hasil yang diperolehi. Komunikasi dari minda kepada motor yang mengawal saraf dan otot yang mengendali tindakan penting bagi mendapatkan sesuatu. Disinilah peranan bahasa dalam menghubungkan neuro atau saraf kepada otak. Skrip yang kita bina menjadi baris-baris atau 'kod-kod seperti dalam program komputer. Setiap baris menghasilkan sesuatu. Jika baris itu dapat ditukar dan digantikan maka pastinya hasil yang diperolehi juga berubah dari sebelumnya.

Oleh sebab penggantian inilah ia menghasilkan sesuatu dengan cepat sekali. Trauma dan fobia dapat diubah dalam masa yang pendek. Apabila skrip "ketakutan" atau "kebencian" diubah dalam minda maka hasilnya juga berubah. Tiada lagi ketakutan atau kebencian. Kod ketakutan atau kebencian sudah digantikan dengan kos lain. Dan saraf serta otot yang menimbal balas akan mengikut arahan minda yang baru melalui koding yang baru.

Ianya nampak amat abstrak tetapi kaedahnya penuh dengan tatacara dan konsep saintifik yang dapat dibuktikan. Hasil yang diperolehi adalah bukti yang paling nyata.

Maka jika anda inginkan sesuatu yang masih ekslusif atau bagaikan mengejar pelangi petang maka kaedah NLP pastinya dapat membantu anda.